ANAK-ANAK, JADILAH PEMAIN SUKAN YANG DIREDHAI ALLAH!










Antara pesanan yang dititipkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman ketika berucap dalam Majlis Penutup Kejohanan Sulan Bola dan Bola Jaring PASTI 2022 kelmarin.
Ustaz Nasrun Othman juga berpeluang untuk menyerahkan pingat dan piala kepada pasukan yang mendapat tempat pertama, kedua dan kedua dalam ketiga-tiga acara; Perbarisan, Bola Jaring dan Bola Sepak.
“Anak-anak PASTI dapat mengasah bakat kepimpinan dan menggilap potensi diri melalui terlibat dengan aktiviti sukan,
“Di samping itu, sukan juga dapat memberi kecergasan pada badan dan kecerdasan pada otak”, ujarnya lagi.
Beliau juga menekankan bahawa program sukan seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama anak-anak PASTI, malah dapat membina ukhuwwah sesama guru PASTI dan para waris.
PASTI Negeri Kedah