IBRAH USRAH : AL KARAMAH PEMUDA KAHFI
IBRAH USRAH : AL KARAMAH PEMUDA KAHFI
Tafsir Surah Al Kahfi Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Karamah berasal dari bahasa Arab (الكرامة). Menurut bahasa ertinya mulia dan menurut istilahnya pula kejadian luar biasa yang tidak masuk akal dan berlaku pada diri wali sebagai tanda kemuliaan yang dianugerahkan Allah ke atas mereka. (i)
Al-Jurjani dalam kitabnya al-Ta’rifat menyebut karamah ialah suatu kejadian luar biasa yang diberikan Allah khusus bagi para hamba-Nya yang bertakwa dan soleh yang tidak disertai dengan dakwaan sebagai nabi. Begitu juga tidaklah kepada yang tidak beramal dan beriman jika berlaku maka ia dinamakan istidraj. Dalam istilah yang lain karamah diberikan kepada nama Wali Allah. Karamah ini biasanya datangnya tidak pernah diidam-idamkan sebelumnya. Bahkan para wali sering kali terjadi karamah atau kejadian luar biasa pada dirinya. Namun, mereka takut jika hal ini akan menyebabkan takjub terhadap dirinya sebagai hamba yang diberikan kemuliaan oleh Allah SWT (ii)
KISAH Ashabul Kahfi bertiti-tolak daripada soalan Musyrikin Makkah yang mahu memalukan Nabi S.A.W. Diutuskan dua pemuka mereka iaitu Nadhir bin Harith dan Uqbah ibnu Abi Mu’ith untuk bertemu dengan Ahli Kitab di Madinah sejauh mana kebenaran bahawa Muhammad adalah seorang Nabi sebagaimana yang diajarkan di dalam kitab Taurat dan Injil. (iii)
Bagi mengesahkan akan kebenaran Kerasulan Muhammad, mereka disuruh untuk bertanya sendiri kepada Nabi tiga soalan. Iaitu kisah kaum yang tidur dalam tempoh yang panjang, kisah lelaki yang mengelilingi Timur dan Barat dalam waktu yang singkat dan apakah yang diketahui berkenaan roh. (iv)
Maka Allah SWT merakamkan kisah yang benar mengenai kejadian luar biasa terhadap pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ini dengan kehendak dan kekuasaan Allah SWT.
Ayat 17 dan 18 dalam surah ini jelas menerangkan bagaimana Maha Besar Allah SWT memelihara jasad mereka dalam tempoh yang sangat lama sama ada daripada gangguan manusia mahupun makhluk Allah SWT yang lain.
dengan keimanan yang tinggi pastinya Allah SWT akan memelihara kita di dunia dan pastinya kemenangan yang hakiki di akhirat nanti.
Maka berusahalah kita sedaya upaya bagi mempertingkatkan dan memelihara iman serta taqwa kepada Allah SWT agar kita tergolong daripada mereka-mereka yang mendapat pertolongan daripada Nya terutama di akhirat nanti.
Rujukan :
(i) (ii) IRSYAD AL-FATWA KE-51: MAKSUD KARAMAH | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
(iii) (iv) Tafsir Surah Al Kahfi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
#UsrahDPPNK
#PemudaPAS
#PemudaSejahtera
#MemacuPerpaduan