RIBUT ‘ANGKAT’ BUMBUNG RUMAH, PEMUDA PAS KEDAH TURUN ZIARAH MANGSA
RIBUT ‘ANGKAT’ BUMBUNG RUMAH, PEMUDA PAS KEDAH TURUN ZIARAH MANGSA
1 JUN 2022 – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah DPPNK melalui Lajnah Kebajikan DPPNK telah menganjurkan program Ziarah Mangsa Ribut di sekitar kawasan Jerlun dan Kuala Kedah yang melibatkan lebih 10 buah rumah mangsa ribut.
Rombongan ziarah ini telah diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan DPPNK, Saudara Saifuddin Hassan bersama Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan DPPNK, Ustaz Nasiruddin Haji Ramli dan beberapa AJK Pemuda PAS Kawasan Jerlun dan Kuala Kedah.
Turut hadir bagi mengiringi rombongan adalah Penyelaras DUN Anak Bukit, Haji Rashidi Razak dan Naib Yang DiPertua Kawasan Kuala Kedah, En Basir Ahmad bagi menunjukkan jalan ke rumah mangsa yang paling teruk menerima musibah di sini.
Program bermula pada jam 11.00 pagi dengan menziarahi 5 buah rumah di sekitar kampung Telaga Batu, Jerlun kemudian rombongan menerjah pula ke 7 buah rumah di sekitar DUN Kubang Rotan, Pengkalan Kundur dan Anak Bukit.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang utama program ziarah hari ini, Ustazah Effa Ismail dan dilaporkan bahawa beliau turut bersama-sama rombongan bagi menyantuni mangsa ribut.
#PemudaPAS
#PemudaSejahtera
#MemacuPerpaduan