PEMUDA PAS KEDAH SANTUNI FRONTLINER KEMBARA SAHUR 4.0
PEMUDA PAS KEDAH SANTUNI FRONTLINER KEMBARA SAHUR 4.0
Kembara Sahur 4.0 adalah program tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – DPPNK bagi meraikan para frontliner seperti Polis, Bomba Penyelamat, Doktor dan jururawat yang telah bersengkang mata demi menjalankan tugas mereka pada larut malam.
Semalam, Pemuda PAS Negeri Kedah melalui DACS Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan program ini buat kali yang keempat melibatkan kepimpinan Pemuda Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Pemuda PAS Padang Serai, Jabatan AMAL Kawasan Padang Serai dan ARC Kedah dalam menjayakan program ini.
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid telah mengetuai rombongan Kembara Sahur bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman dan Pengarah ARC Negeri Kedah, Sir Faizal Abu Bakar yang turut hadir bagi memeriahkan lagi rombongan pada kali ini.
Program telah bermula pada jam 11.00 malam dengan berkumpul dahulu di Wadi An-Nasr, Padang Serai sebelum bergerak di lokasi tertentu mengikut jadual pergerakan yang telah disusun awal oleh pihak penganjur.
Antara lokasi yang telah menjadi perhatian bagi rombongan kembara sahur kali ini adalah Hospital Kulim, Balai Polis dan Bomba Penyelamat di Kulim Hi-Tech Park, selebihnya telah diagihkan kepada pengunjung dan peniaga di Bazar Aidilfitri yang berdekatan.
“Sedikit bekal makanan kepada para frontliner tanda ingatan dari pihak kami buat insan yang sanggup berjaga malam demi kepentingan orang awam,
“Perhatian buat mereka amat wajar untuk diberikan kerana sudi berkorban masa dan tenaga demi jaminan keselamatan kepada masyakarat”, ujar Ustaz Nurul Amin Hamid setelah memberikan bekal makanan.
Terima kasih kepada seluruh pihak yang terlibat bagi menjayakan program pada malam ini!
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
#MadrasahRamadan
#MemburuTaqwa
#PemudaPAS
#MemacuPerpaduan
#IslamMenyatukanUmmah