PEMUDA PAS KEDAH ZIARAHI ASNAF JERAI DALAM PROGRAM SEMARAK RAMADAN
Misi kebajikan dari program Semarak Ramadan Pemuda Sejahtera masih diteruskan dan kini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – DPPNK menerjah pula ke rumah penduduk di sekitar kawasan Jerai berhampiran dengan Masjid Al-Hannan, Kampung Teroi, Yan.
Rombongan ziarah dipimpin oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman bersama Pemuda PAS Kawasan Jerai dan Sungai Petani, mengunjungi ke beberapa rumah penduduk bagi menghulurkan sumbangan barang keperluan asas dan sekampit beras seberat 5 kg.
“Berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan adalah sangat dituntut dalam Islam, tambah-tambah di bulan Ramadan al-mubarak,
“Nabi menganjurkan kita untuk memperbanyakkan bersedekah kerana harta di dunia tidak akan kekal melainkan yang telah dikeluarkan di jalan Allah SWT,
“Terima kasih kepada semua yang hadir, semoga aktiviti ziarah ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam”, ujar Ustaz Nasrun Othman selepas selesai menyampaikan barang sumbangan.
Program bermula kira-kira jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 7.00 malam, seperti biasa akan diadakan majlis berbuka puasa bersama semua pemuda yang turut hadir bagi meraikan semua ahli rombongan ziarah yang memeriahkan aktiviti ziarah kali ini.
Turut hadir bersama adalah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Muhd Aizat Zakaria, Penolong Setiausaha 1 DPPNK, Ustaz Ikrom Zaki Mohamad, Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Muhammad Azhar Yusof dan Ketua Pemuda PAS Sungai Petani, Ustaz Aizat Abdullah.
https://www.facebook.com/100064614672938/posts/348405313989955/?d=n
#MadrasahRamadan
#MemburuTaqwa
#PemudaPAS
#MemacuPerpaduan
#IslamMenyatukanUmmah