PEMUDA PAS NEGERI KEDAH ANJUR SEMARAK RAMADHAN BANTU ASNAF DI KAWASAN ALOR SETAR
Makcik, ni ada sumbangan untuk bukak puasa bersama keluarga.
Ouh terima kasih ye nak, alhamdulillah rezeki keluarga makcik hari ini..
…………………………………………………
Begitulah respon seorang ibu kepada Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Muhd Aizat Zakaria di dalam program Semarak Ramadan Pemuda Sejahtera yang berlangsung di sekitar kawasan Alor Setar anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – DPPNK.
Program bermula pada jam 5.30 petang setelah menunaikan solat asar berjemaah, kemudian rombongan memulakan agenda ziarah ke beberapa buah rumah di Taman Budiman, Alor Setar bagi menghulurkan hamper sumbangan kepada penduduk di sana.
“Kita wajib membela nasib asnaf di seluruh negeri Kedah dengan memberikan sumbangan barang keperluan asas seperti ini,
“Rata-rata penduduk di sini sangat dahagakan bantuan, maka menjadi tanggungjawab kita untuk mencari dan membantu mereka,
“Semoga semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini mendapat ganjaran pahala yang besar asbab memberi bantuan kepada asnaf yang memerlukan”, ujar Ustaz Muhd Aizat Zakaria selepas ditemu-bual kelmarin.
Turut hadir bersama rombongan kelmarin adalah Ketua Penerangan DPPNK, Ustaz Adnan Yusuf dan Sdr. Aiman Sani mewakili Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’
https://www.facebook.com/100064614672938/posts/347604210736732/?d=n
#MadrasahRamadan
#MemburuTaqwa
#PemudaPAS
#MemacuPerpaduan
#IslamMenyatukanUmmah