Semua sekali RM20 sahaja makcik..
Semua sekali RM20 sahaja makcik..
Eh, betul ka?
Makcik beli banyak ni ustaz..
………………………………………………………………….
Begitulah sekitar dialog Wakil Rakyat DUN Sungai Limau, YB Ustaz Azam dengan seorang ibu yang hadir ke Bazaar Rakyat Ramadan bertempat di Masjid Permatang Buluh, Sungai Limau kelmarin.
Program yang pertama kali dilaksanakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kawasan Sungai Limau, rata-rata mereka menang sentiasa mencari barangan asas dengan harga lebih murah dari harga runcit.
Program ini juga mendapat kerjasama baik dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai sebagai AJK pelaksana, dengan memastikan program berjalan dengan lancar mengikut SOP (Standard Operation Procedure) yang telah ditetapkan pihak kerajaan.
Antara barangan asas yang dijual adalah beras 5kg, ayam, tepung gandum, pek minyak masak, susu tin dan gula kasar; dan kami dimaklumkan bahawa kesemua barangan telah habis dijual setelah kauter dibuka hanya 2 jam sahaja.
Semoga program seperti ini dapat meringankan beban penduduk khususnya mereka yang sentiasa mencari rezeki dengan bekerja keras bagi menyara keluarga tersayang.
https://www.facebook.com/100064614672938/posts/341827237981096/?d=n
#BazaarRakyat
#HargaMurahDariRuncit
#PemudaPAS
#MemacuPerpaduan
#IslamMenyatukanUmmah