PEMUDA PAS KAWASAN MERBOK JALANI PROGRAM CAKNA RAKYAT
PEMUDA PAS KAWASAN MERBOK JALANI PROGRAM CAKNA RAKYAT
MERBOK – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah menganjurkan aktiviti Program Cakna Rakyat di sekitar kampung Kuala Sin dan Kampung Bukit Selambau, Merbok, Kedah kelmarin.
Naib Ketua Pemuda DDPNK, Ustaz Aizat Zakaria bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Merbok, Ustaz Zahir juga turut serta di dalam program ini untuk menyampaikan sendiri sumbangan kepada 10 buah rumah di sekitar kawasan tersebut.
Sumbangan yang diberikan bermula jam 4.00 petang hingga jam 7.00 petang, adalah berbentuk keperluan asas seperti beras, susu dan lain-lain.
“Sikit tanda ingat, banyak tanda ada,
“Program Cakna Rakyat ini disusun bertujuan menyantuni pemuda, amilin, asnaf atau individu yang ditimpa musibah, bencana atau keuzuran,
“Alhamdulillah, kami sempat ziarah 10 buah rumah dan sampaikan barang sumbangan kepada penerima”, ujar Ustaz Aizat Zakaria ketika dihubungi.
#DemiIslam
#MemimpinNegara
#IslamMemimpinPerpaduan
#DewanPemudaPASKedah