ZIARAH PENGARAH PASTI NEGERI KEDAH KE PASTI KAWASAN-KAWASAN
ZIARAH PENGARAH PASTI NEGERI KEDAH KE PASTI KAWASAN-KAWASAN
17 Februari 2021|Rabu
Pengarah PASTI Negeri Kedah, Haji Muhammad Aminur Shafiq Bin Mohamad Abduh telah mengadakan ziarah pemantauan SOP Pembukaan Operasi PASTI ke dua PASTI Kawasan iaitu PASTI Kawasan Kuala Kedah dan PASTI Kawasan Pokok Sena.
Tujuan ziarah ini diadakan adalah untuk memantau pematuhan SOP Pembukaan Operasi PASTI yang perlu dipatuhi oleh setiap PASTI Cawangan yang memulakan operasi pada 7 Februari 2021 yang lalu. Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum sesebuah PASTI itu kembali beroperasi pada tahun ini.
Hasil tinjauan mendapati semua PASTI yang berada dalam kawasan Kuala Kedah dan Pokok Sena mematuhi SOP yang ditetapkan. Pematuhan SOP ini sangat penting bagi memastikan seluruh warga PASTI di negeri Kedah terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan dalam masa yang sama SOP yang ditetapkan ini mampu membantu pihak berkuasa mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti setempat.
Para murid PASTI juga didapati mudah untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu yang telah diperkenalkan iaitu dengan selalu menggunakan pelitup muka, membasuh tangan dengan air sabun dan mengamalkan penjarakkan fizikal sekurangnya satu meter antara satu sama lain.
Yang Benar,
MUHAMMAD AMINUR SHAFIQ BIN MOHAMAD ABDUH
Pengarah PASTI Negeri Kedah
#KitaJagaKita
#KitaBelumMenang
#PASTIKedah
#DewanPemudaPASKedah