KEADILAN BUAT WIRA NEGARA MUHAMMAD ADIB
KEADILAN BUAT WIRA NEGARA MUHAMMAD ADIB.
KUALA KEDAH 16 FEBRUARI 2021- Ketua Pemuda Perikatan Nasional Malaysia YB Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Adib semalam.
Turut diiringi, Ustaz Afnan Hamimi Setiausaha Eksekutif Pemuda Perikatan Nasional dan Ustaz Nurul Amin Kedah Ketua Pemuda Perikatan Nasional Kedah serta kepimpinan Pemuda PAS Malaysia dan Negeri Kedah.
Tujuan ziarah adalah memberi sumbangan dan untuk memaklumkan status semasa kes dan keadilan buat Wira Allahyarham Muhammad Adib.
Tidak ketinggalan juga sumbangan daripada YAB Muhammad Sanusi Md Menteri Besar Kedah turut mengambil peluang bercakap dan berbual bersama ayah kepada Allahyarham melalui corong telefon dan memohon kemaafan kerana tidak dapat turut bersama dalam rombongan ini.
Pergelutan yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut antara 2 kumpulan kaum Hindu pada 26 November 2018 Kuil Sri Maha Mariamman di Shah Alam, Selangor telah meragut nyawa seorang anak muda yang menjadi harapan keluarga.
Pemergian beliau, seorang anggota bomba yang sedang bertugas untuk meredakan situasi tegang di tempat kejadian masih belum mendapat pembelaan. Ramai yang ingin tahu perkembangan dan kesudahannya. Keadilan untuk Arwah Adib perlu titik noktahnya.
#PerikatanNasional
#PemudaPerikatanNasional