AHLAN WASAHLAN, YA REJAB
AHLAN WASAHLAN, YA REJAB
Bermula selepas maghrib pada 12 Febuari 2021, kita telah memasuki 1 Rejab 1442H, yang menunjukkan semakin hampir kepada bulan yang lebih istimewa, bulan Ramadan.
Bulan Rejab adalah antara bulan yang terkandung keistimewaan dan keutamaannya yang tersendiri. Oleh itu, sebagai umat Islam haruslah kita membuat persediaan dengan lebih awal.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ingin mengajak seluruh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan puasa sunat dan doa khusus seperti berikut;
………………………………………………………………………………
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan”.
………………………………………………………………………………
Semoga kita tergolong dikalangan hamba yang dipilih untuk menjadi tetamu bulan Ramadan. Ameen ya rabb.
#RouteToRamadan
#RamadanKareem