KEJOHANAN BOWLING, PEMUDA PAS PAMER SEMANGAT KESUKANAN
KEJOHANAN BOWLING, PEMUDA PAS PAMER SEMANGAT KESUKANAN
SUNGAI PETANI – Kejohanan Bowling Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani Bersama Komuniti 2020 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Pusat Bowling Sp Bowl Park Avenue, Sungai Petani, Kedah petang kelmarin.
Turut hadir Ketua Pemuda DPPNK, Ustaz Nurul Amin Hamid ke program kejohanan sekaligus merasmikan majlis tersebut sempena kunjungan beliau ke Sungai Petani.
Setiap pasukan diwakili 3 orang pemain. Sebanyak 2 pusingan diberikan kepada setiap pasukan dan pasukan yang paling banyak menjatuhkan Pin dikira sebagai pemenang.
Ustaz Nurul Amin Hamid telah berkata, “Setiap pasukan telah mempamerkan kualiti permainan yang amat baik sekali,
“Masing-masing berusaha bersungguh-sungguh bagi menjatuhkan Pin sebanyak mungkin dan pelbagai _skill_ hebat dipamerkan oleh para pemain dari kedua-dua buah pasukan,
“Apa yang penting adalah masing-masing telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan memberikan kesungguhan yang terbaik sepanjang perlawanan berlangsung”, ujar beliau.
Juara keseluruhan telah direbut oleh pasukan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Lebai Man manakala Naib Juara pula jatuh kepada pasukan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani.
Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda DPPNK, Ustaz Nasrun Othman yang turut hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.
“Majulah Sukan Demi Islam”
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua