𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗜 𝟭𝟮 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗣. 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗠𝗬
𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗜 𝟭𝟮 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗣. 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗠𝗬
Selepas Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah membuat laporan polis terhadap P. Ramasamy Timbalan Menteri II Pulau Pinang baru-baru ini di IPD Kota Setar,
Semalam, 12 wakil Dewan Pemuda PAS dari Parlimen Kedah pula tampil membuat laporan polis terhadap isu yang sama.
12 kawasan ahli Parlimen dari Dewan Pemuda PAS itu adalah Padang Terap, Baling, Kuala Kedah, Pendang, Padang Serai, Kulim Bandar Baharu, Jerai, Jerlun, Pokok Sena, Alor Setar, Sungai Petani dan Sik.
Laporan polis ini dibuat bagi menyatakan bantahan terhadap sikap angkuh Timbalan Menteri II Pulau Pinang tersebut.
Bantahan ini juga merupakan amaran awal kepada pemimpin itu supaya tidak meniup api hasutan untuk merosakkan kedamaian yang sedang dinikmati oleh semua kaum di Negara ini.
P. Ramasamy juga dilaporkan telah mendakwa bahawa Menteri Besar Kedah telah mencetuskan huru-hara oleh kerana perbuatan merobohkan kuil.
Sedangkan tindakan MB Kedah itu telah mengikut peraturan dan undang-undang yang betul kerana kuil yang dirobohkan tidak dibina atas tanah yang sepatutnya.
#DemiIslam
#MemimpinNegara
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#IslamMemimpinPerpaduan
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua