BAJET 2021 KEDAH DARUL AMAN : BELANJAWAN YANG KOMPREHENSIF UNTUK RAKYAT
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
15 NOVEMBER 2020 | AHAD.
BAJET 2021 KEDAH DARUL AMAN : BELANJAWAN YANG KOMPREHENSIF UNTUK RAKYAT
Pembentangan bajet oleh YAB Menteri Besar pada hari ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan Negeri Kedah memastikan kemakmuran negeri dapat dikongsi bersama di segenap lapisan masyarakat.
Bajet bertemakan “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua” merupakan bajet sulung kerajaan Negeri Kedah dibawah kepimpinan YAB Tn Hj Sanusi Bin Muhammad Nor.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) yakin, melalui empat teras utama bajet kali ini, iaitu mencergaskan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat, kedua mensejahterakan rakyat dan menambah baik kualiti hidup masyarakat, ketiga membina insan dan melestarikan kehidupan dan yang keempat memantapkan tadbir urus dan meningkatkan sistem penyampaian.
Melalui empat teras ini, DPPNK melihat kerajaan komited untuk memastikan seluruh rakyat Negeri Kedah disetiap lapisan umur dan peringkat masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif yang diperkenalkan.
DPPNK juga menyokong langkah kerajaan dalam memperkasakan aspek digital melalui platform iKedah bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan seterusnya meningkatkan hasil kerajaan melalui medium iBAYAQ dan 10 cabang platform digital yang diperkenalkan.
Langkah proaktif ini juga dilihat persediaan dan kesungguhan kerajaan negeri dalam mendepani dunia berasaskan digital menjelang 2030.
DPPNK amat berbesar hati dimana golongan muda turut mendapat manfaat dalam bajet kali ini.
Pertama, golongan muda boleh mengambil peluang untuk berniaga melalui Program Sejahtera Penjaja dimana kerajaan mengisyhtiharkan kawasan bebas berniaga dilima daerah di Negeri Kedah dan akan dipanjangkan keseluruh negeri Kedah oleh Pihak Berkuasa Tempatan terlibat.
Kedua, pembinaan litar rakyat di Sungai Petani dengan anggaran bajet RM20 juta diharapkan memberi peluang kepada golongan muda di Negeri Kedah untuk menyertai sukan permotoran dan meninggalkan aktiviti lumba haram yang tidak sihat.
Bajet yang komprehensif ini dilihat memberikan manfaat secara menyeluruh yang digambar oleh YAB Menteri Besar melalui kisah Kak Ton sekeluarga yang menerima pelbagai insentif daripada bajet kali ini memperlihatkan kepada kita kesungguhan kerajaan negeri membela nasib rakyat Negeri Kedah yang terkesan dengan krisis ekonomi disebabkan COVID 19.
Tahniah YAB Menteri Besar Negeri Kedah.
Yang Benar,
Ustaz Nurul Amin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
#DemiIslam
#MemimpinNegara
#DewanPemudaPasKedah
#SektorKomunikasiStrategikDPPNK
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua