Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk keras negara Perancis yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
28 Oktober 2020 | Rabu
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk keras negara Perancis yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Sebagai sebuah organisasi gerakan Islam, kami mengambil sikap mengecam sekeras-kerasnya kenyataan penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W oleh pihak berkuasa Perancis.
Pihak kerajaan Perancis kelihatan sengaja mengundang reaksi marah umat Islam dengan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron Pada 21 Oktober 2020 yang lalu.
Marcon menegaskan bahawa pihak mereka tidak akan menghalang penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad dengan dengan alasan hak kebebasan bersuara.
Kini pernyataan terbabit mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam di dunia termasuk umat Islam di negara Malaysia.
Benih islamophobia ditabur lagi dengan penyiaran gambar menghina Nabi Muhammad di beberapa bangunan di Perancis.
Reaksi yang dipamerkan oleh Macron pula adalah menyifatkan Islam sebagai “agama krisis” dan mengumumkan akan adanya rancangan undang-undang yang lebih keras untuk menangani “pemisahan Islamis” di Perancis.
Sebagai pendukung konsep sekular sejati, Perancis kelihatan gagal memahami hasrat golongan sekularisme sehingga ‘bias’ dan bertindak cenderung pula menyokong pihak yang bencikan Islam.
Kini umat Islam di Perancis terancam dan siri keganasan atas alasan menentang pemisah islamis akan berlarutan.
Inilah modus operandi pihak ‘ahzab’ moden barat yang cuba mengkambinghitamkan minoriti muslim di negara mereka dengan provokasi dan persepsi negatif yang cukup dahsyat bermula peristiwa WTC 2001 lagi.
Kami Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah turut menyeru sekalian umat Islam dan warga Malaysia agar memboikot barangan buatan Perancis.
Perbuatan ini merupakan simbolik kepada persaudaran ukhwah Islam tanpa batasan menentang provokasi dan ghuzwah ahzab moden yang penuh fitnah dan bejat ini.
Sehati sejiwa :
USTAZ NASRON OTHMAN.
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
#DemiIslam
#DewanPemudaPasKedah
#MemimpinNegara
#KedahSejahtera