Kedah Luluskan Bantuan RM1.23 Juta Kepada Guru Sekolah Persendirian
*Kedah Luluskan Bantuan RM1.23 Juta Kepada Guru Sekolah Persendirian*
Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan peruntukan bernilai RM1.23 juta yang akan disalurkan kepada 4146 tenaga pengajar sekolah persendirian di negeri itu yang terjejas akibat penutupan institusi pendidikan di seluruh negara..
Inisiatif terbabit dilihat dapat mengurangkan bebanan pihak pentadbiran sekolah-sekolah persendirian dan para guru yang terkesan akibat tidak menerima bayaran yuran daripada pelajar sejak bulan Mac lalu.
Kerajaan negeri juga bersedia untuk mempertimbangkan bantuan susulan dalam bulan-bulan akan datang jika kerajaan masih belum memberikan kebenaran kepada institusi pendidikan untuk beroperasi.
Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, tengahari tadi.