SELAMAT HARI WARTAWAN NASIONAL
SELAMAT HARI WARTAWAN NASIONAL
Pada abad ini menyaksikan media massa elektronik begitu penting dalam menyebarkan sebarang maklumat. Aplikasi-aplikasi media sosial seperti facebook, telegram, twitter, instragram dan whatapps adalah medium terpantas dalam menyampaikan maklumat baik yang benar mahupun palsu.
Menjadi kewajipan bagi setiap wartawan menyampaikan berita dengan telus dan berfakta untuk disebarkan masyarakat. Keratan warcana, berita mahupun artikel yang ditulis dan disebarkan secara tidak langsung boleh mengubah minda masyarakat terhadap sesuatu perkara.
Dewan Pemuda PAS Kedah mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di seluruh Malaysia. Sampaikanlah berita yang sahih, tepat dan berfakta kepada masyarakat.
Semoga setiap berita yang disebarkan memberi manfaat kepada masyarakat.
#Demi_Islam
#Islam_Memimpin_Perpaduan