TAKZIAH BUAT PELAJAR PASTI DAN TERIMA KASIH BUAT JABATAN AMAL KEDAH
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
6/10/2017 | 16 Muharam 1438
TAKZIAH BUAT PELAJAR PASTI DAN TERIMA KASIH BUAT JABATAN AMAL KEDAH
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan TAKZIAH buat seluruh ahli keluarga adik Mohamad Aminudin bin Mohd Nazri, pelajar PASTI Nurul Iman Kawasan Baling yang dijumpai mati lemas di dalam parit berdekatan rumahnya selepas tergelincir dari jambatan dan jatuh dibawa arus sungai yang deras.
2. Kehilangan adik Aminuddin sangat dirasai oleh kami semua kerana anak ini merupakan seorang pelajar PASTI yang sudah tentu merupakan sebahagian daripada keluarga kami dalam Dewan Pemuda setelah menerima berita kemalangan ini semalam. Hati kami cukup sedih dan berharap semoga seluruh ahli keluarga bersabar dan tabah dengan ujian ini.
3. Di kesempatan ini juga Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan sekalung penghargaan buat Anggota Jabatan Amal yang telah menjumpai adik Aminuddin dalam operasi mereka. Pastinya tidak dilupakan juga sumbangan besar daripada pihak Bomba, PDRM dan semua mereka yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak semalam.
4. Kami turut berbangga dengan komitmen dan pengorbanan Jabatan Amal Negeri Kedah di atas misi mencari dan menyelamat ini sehingga mangsa dijumpai pada 10:00 pagi tadi. Melihat kesungguhan operasi dari anggota Jabatan Amal Kedah membuktikan bahawa Jabatan Amal sangat komited dalam gerak kerja misi bantuan dan menyelamat walaupun tidak berelaun tetapi apa yang ada pada mereka adalah beramal kerana Allah dengan membantu sesiapa sahaja, Jabatan Amal juga membuktikan kepada seluruh masyarakat bahawa gerak kerja mereka sangat cekap dan efisyen, semoga Allah membalas jasa baik kalian semua dan syabas untuk anda semua.
” Jihad Menuju Kemenangan ”
” Beramal Kerana Allah ”
YANG BENAR
USTAZ NURUL AMIN HAMID
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah /
Pengarah PASTI Negeri Kedah.